Bayi nyaris ditanam hidup-hidup

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Polis di India bertindak pantas menyelamatkan seorang bayi yang hampir ditanam hidup-hidup oleh keluarganya, menurut pihak berkuasa semalam.

Anggota polis dilaporkan cuba menghalang datuknya yang memegang bayi terbabit dalam selimut ketika seorang lelaki menggali lubang di kawasan tapak pelupusan di pinggir bandar Hyderabad.

"Mereka menyangka bayi itu telah meninggal dunia dan ahli keluarga lain menyarankan supaya tidak membawa mayatnya pulang ke rumah.

"Kami sangat gembira kerana berjaya selamatkan bayi tersebut," kata jurucakap polis. A Srinivasulu.

Difahamkan, kedua-dua lelaki pada mulanya ditahan telah dibebaskan manakala bayi tersebut kini dirawat di hospital sementara siasatan lanjut dilakukan.

Dalam kes berasingan sebelum ini, seorang bayi baru lahir ditemukan dalam periuk tanah liat dan dipercayai ditinggalkan selama lebih dua hari sebelum dijumpai lelaki yang menggali kubur untuk anak perempuannya. - AFP

Artikel Berkaitan: