Tahap kesedaran tentang kebajikan haiwan meningkat

Quaza Nizamuddin (dua dari kanan) menyampaikan video Pendidikan kepada wakil Jabatan Pendidikan.
Quaza Nizamuddin (dua dari kanan) menyampaikan video Pendidikan kepada wakil Jabatan Pendidikan.
A
A
A

SERDANG - Tahap kesedaran rakyat di negara ini mengenai isu berkaitan dengan penganiayaan haiwan semakin meningkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan berkata, perkembangan positif itu dapat dilihat apabila kes melibatkan penganiayaan haiwan semakin menurun.

Menurutnya, jumlah kes penganiayaan terhadap haiwan meningkat daripada 510 pada 2017 kepada 662 pada 2018, namun sehingga September lalu hanya 265 aduan diterima.

"Kita harap trend menurun ini akan kekal pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah merangka pelbagai aktiviti termasuk menganjurkan Sambutan Hari Kebajikan Haiwan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebajikan haiwan dan mendidik masyarakat menjadi pendidik bertanggungjawab.

Menurutnya, Akta Haiwan 2015 yang telah dua tahun dikuatkuasakan secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada pemilik haiwan yang terdiri daripada penternak, pengimport, pemilik haiwan kesayangan, penjaga haiwan dan lain-lain untuk menjadi lebih bertanggungjawab.

Katanya, individu yang didapati bersalah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 bakal berdepan hukuman berat iaitu penjara selama tiga tahun atau denda antara RM20,000 sehingga RM100,000.

"Dalam tempoh tersebut sehingga kini, kerajaan telah merangka pelbagai aktiviti dan program menjurus kepada setiap golongan sasar termasuk pelajar sekolah, pemegang taruh, agensi kerajaan, persatuan haiwan, penyelidik institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu rakyat di negara ini diberikan pendedahan tentang kebajikan haiwan seawal usia kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 selama dua hari bermula semalam berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti yang diatur antaranya pameran haiwan, seminar kebajikan haiwan, demonstrasi penjagaan kucing dan interaktif bersama kuda.

Tetamu kehormat bersama tetamu yang menghadiri perasmian Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 di MAEPS hari ini.
Tetamu kehormat bersama tetamu yang menghadiri perasmian Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 di MAEPS hari ini.