RM23.59 juta untuk bidang pertanian

Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 hari ini. - Foto: Asril Aswandi Shukor
Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 hari ini. - Foto: Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM23.59 juta bagi sektor pertanian di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bukan sahaja komited menjadikan sektor pertanian sumber ekonomi sampingan penduduk, malah berhasrat mengangkat sektor tersebut sebagai peneraju ke arah menjadikan Selangor sebagai paksi kuasa ekonomi serantau.

Menurutnya, kerajaan negeri turut memfokuskan untuk membuka lebih banyak kawasan pertanian berteraskan konsep Tanaman Berpenghasilan Tinggi (high value crop).

“Konsep ini mengoptimumkan kawasan kecil bagi penghasilan yang tinggi melalui penggunaan teknologi moden dan seterusnya meningkatkan pendapatan negeri.

“Pembangunan ini selaras dengan trend pertanian yang fokus ke arah Revolusi Pertanian 4.0.

"Ia memberi penekanan kepada aplikasi inovasi, teknologi pertanian seperti penggunaan peralatan berteknologi tinggi, sensori, robotik, GPS dan teknologi maklumat (IT),” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.

Menurutnya, kerajaan Selangor akan memastikan bekalan makanan di negeri ini berada di tahap yang selamat dan dalam masa sama boleh meningkatkan pendapatan agropreneur.

Artikel Berkaitan: