Agihan zakat hanya untuk asnaf Islam: Mufti Selangor

Mohd Tamyes
Mohd Tamyes
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan bahawa pemberian zakat perlu diagihkan kepada umat Islam.

Menurutnya, ia selari dengan hadis yang mewajibkan zakat ke atas harta milik orang Muslim yang kaya untuk diagihkan kepada golongan fakir dan miskin beragama Islam.

Beliau berkata, apabila zakat itu diwajibkan kepada umat Islam, maka zakat juga hendaklah diagih hanya kepada asnaf zakat dalam kalangan orang Islam juga.

"Ganti nama dalam hadis terbabit jelas hanya ditujukan kepada umat Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, pengagihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu terbabit menganut Islam.

"Contoh apabila zakat diberikan kepada seorang saudara baharu, tiba-tiba muncul ibu bapanya atau anak-anaknya yang belum Islam menarik minat mereka untuk menganut Islam, maka ia boleh diberikan kepada mereka (bukan Islam)," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada bukan Islam.

Anwar berkata, dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, tidak sesuai hanya masyarakat Islam dibantu tetapi penganut agama lain dipinggirkan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Perlis-putus-wang-zakat-boleh-beri-kepada-bukan-Muslim