Dua beranak tokan dadah!

Roslee (tengah) menunjukkan dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas.
Roslee (tengah) menunjukkan dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas.
A
A
A

GEORGETOWN - Tiga individu termasuk dua beranak ditahan polis Rabu lalu selepas terlibat dalam sindiket mengedar dan memproses dadah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Mak Mandin, Butterworth pada jam 12.05 tengah malam.

Menurutnya itu kesemua suspek berusia di antara 25 hingga 54 tahun dan polis turut merampas sejumlah dadah daripada mereka.

Menurutnya, siasatan lanjut turut membongkar sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah teres di kawasan Aulong, Taiping.

"Polis merampas 13,168 dadah jenis heroin, 95.40 gram dadah jenis syabu, 760 biji pil ekstasi, 2,200 gram serbuk kafein dan pelbagai peralatan memproses dadah.

"Siasatan yang dilakukan mendapati sindiket berkenaan dalam proses memindahkan makmal mereka dari Taiping ke Pulau Pinang tetapi kegiatan mereka berjaya dihidu polis hasil risikan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang," katanya pada sidang media di sini pagi tadi.

Roslee (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.
Roslee (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.

Roslee berkata, dalang utama sindiket berkenaan yang berusia 51 tahun baru beberapa bulan dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.

Lelaki itu mempunyai empat rekod jenayah dan 10 kesalahan berkaitan dadah dikatakan memanggil anaknya berusia 25 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual di Singapura untuk pulang membantu dalam kegiatan ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain dadah pihaknya turut merampas tiga kenderaan jenis Toyota Mark X, Honda Jazz dan Toyota Vios serta wang tunai bernilai RM2,180.

"Kita percaya dadah yang diproses di Taiping dibawa untuk pasaran di negeri ini dan boleh digunakan seramai 33,650 penagih dadah.

"Kesemua dadah dan barangan yang disita dianggarkan berjumlah RM 419,180. Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,"katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!