50 motosikal musnah dalam kebakaran

Sebanyak 50 motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Jalan Tenaga awal pagi tadi.
Sebanyak 50 motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Jalan Tenaga awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik bengkel motosikal terpaksa menanggung kerugian selepas 50 motosikal di premisnya di Jalan Seluang Taman Tenaga di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander operasi, Mohd Azizi Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kira-kira jam 3.36 pagi.

Menurutnya, seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dibantu BBP Hang Tuah dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi.

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran bengkel motosikal di Jalan Tenaga awal pagi tadi.
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran bengkel motosikal di Jalan Tenaga awal pagi tadi.

"Kebakaran melibatkan bangunan kelas A iaitu sebuah kedai motosikal di tingkat bawah berkeluasan 1,500 kaki persegi yang musnah 80 peratus.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.35 pagi dan sebanyak 50 motosikal terbakar dalam kejadian itu," katanya.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dan punca kejadian masih disiasat.

Artikel Berkaitan: