X

Kindly register in order to view this article
!

Sokongan padu Pemuda Pas Kedah buat Lang Merah

Nurul Amin Hamid
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah berharap pasukan Lang Merah dapat mengekalkan kejuaraan berganda dengan membawa pulang Piala Malaysia setelah menjuarai Piala FA tahun ini.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata, diharap pengalaman menentang JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 menjadi sumber kekuatan Kedah pada perlawanan Sabtu ini dan kembali menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang pernah dimenangi Kedah pada 2016, 2008, 2007, 1993 dan 1990.

Menurutnya, Pemuda Pas Kedah akan mengiringi pasukan dengan doa bersama penyokong hijau kuning yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

“Kami ucapkan selamat berjuang buat wira-wira hijau kuning yang akan bermain bermati-matian demi mengharumkan Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu JDT.

"Kami juga ucapkan tahniah buat semua pemain yang menunjukkan persembahan terbaik pada perlawanan sebelum ini sehingga melangkah penuh bergaya ke perlawanan akhir,” katanya.

Nurul Amin berkata, sokongan padu untuk pasukan Kedah dimeriahkan dengan rombongan bas Pemuda Pas Kedah yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil selain menyediakan tayangan skrin final Piala Malaysia di seluruh 15 kawasan di negeri ini.

“Semoga perjalanan penyokong setia Kedah selamat pergi dan balik. Buat pemain Kedah, bermainlah bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama negeri Kedah, anda adalah wira kami!,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf