500 mangsa banjir di Perak masih berada di PPS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Walaupun tiada hujan lebat berterusan di Perak hari ini namun seramai 500 mangsa banjir daripada 129 keluarga masih ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat malam ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong bagi daerah Hilir Perak masih menempatkan seramai 235 mangsa banjir daripada 62 keluarga.

"PPS di daerah Kerian pula masih kekal menempatkan seramai 188 orang mangsa banjir iaitu 149 mangsa berada di PPS SK Changkat Lobak manakala 39 lagi masih berada di SK Parit Haji Aman," katanya ketika dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya, jumlah mangsa banjir di daerah Manjung juga seramai 77 orang yang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai. - Bernama

Artikel Berkaitan: