X

Kindly register in order to view this article
!

India pisahkan Jammu dan Kashmir

Jammu & Kashmir dan Ladakh diletakkan sebagai kesatuan wilayah yang akan ditadbir secara terus oleh India.
A
A

NEW DELHI - Kerajaan India hari ini secara rasmi memisahkan Jammu dan Kashmir (J&K) kepada dua wilayah persekutuan yang bertujuan untuk mengetatkan lagi cengkaman mereka di wilayah pertikaian tersebut dan dijangka memburukkan lagi konflik bersama Pakistan.

Di bawah perjanjian kontroversi baharu itu, J&K akan diletakkan sebagai satu kesatuan wilayah bersama Ladakh bersempadan China yang akan ditadbir secara terus oleh New Delhi.

"Kini, penyertaan sebenar kerjasama federalisme akan dapat dilihat. Lebuh raya, laluan kereta api, sekolah, hospital baru akan menyaksikan pembangunan di J&K kepada tahap lebih tinggi," kata Perdana Menteri, Narendra Modi ketika perhimpunan di Gujarat.

Langkah pemisahan itu dibuat dua bulan selepas kerajaan nasionalis Modi membatalkan status autonomi khas di bawah Artikel 370 di J&K pada 5 Ogos lalu.

Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) terbabit bagaimanapun mempertahankan langkah itu dengan mendakwa status khas kononnya menghalang pembangunan di wilayah tersebut selain meningkatkan keganasan.

Awal bulan lalu, New Delhi turut memulihkan perkhidmatan mudah alih selepas 72 hari ia berdepan sekatan.

Sehingga kini, perkhidmatan internet masih digantung dan kebanyakan operasi perniagaan terus ditutup kerana bimbang dengan tindak balas militan yang menentang pentadbiran India. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!