Istana Shuri di Okinawa terbakar

Istana bersejarah Jepun di pulau Okinawa terbakar pagi tadi dan merebak sehingga ke seluruh kompleks tapak Warisan Dunia. - Foto Agensi
Istana bersejarah Jepun di pulau Okinawa terbakar pagi tadi dan merebak sehingga ke seluruh kompleks tapak Warisan Dunia. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Istana Shuri di pulau Okinawa terbakar pagi tadi sebelum merebak sehingga ke seluruh kompleks tapak Warisan Dunia, kata pihak berkuasa tempatan.

Istana bersejarah Jepun Shuri merupakan bahagian utama kompleks yang dibina ketika Pemerintahan Ryukyu dan dipercayai digunakan sejak tahun 1400-an.

Struktur terkini adalah pembinaan semula berdasarkan pelan asal dan gambar-gambar istana lama.

Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan punca kejadian masih belum diketahui.

"Kebakaran itu disedari selepas mendengar penggera amaran keselamatan syarikat kira-kira jam 2.30 pagi.

“Ia bermula di kuil utama dan merebak dengan pantas ke semua struktur utama.

Istana bersejarah Jepun di pulau Okinawa terbakar pagi tadi dan merebak sehingga ke seluruh kompleks tapak Warisan Dunia. - Foto Agensi
Istana bersejarah Jepun di pulau Okinawa terbakar pagi tadi dan merebak sehingga ke seluruh kompleks tapak Warisan Dunia. - Foto Agensi

“Pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran,” kata jurucakap polis Okinawa, Ryo Kochi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan api marak membakar istana itu. Media tempatan melaporkan, tiada laporan kecederaan diterima.

Datuk Bandar Naha, Mikiko Shiroma melahirkan rasa terkejut dengan khabar itu.

“Saya amat terkejut dengan laporan awal kebakaran di Istana Shuri.

“Ia adalah tapak Warisan Dunia yang mewakili Okinawa,” katanya pada mesyuarat tergempar di ibu negeri Okinawa.

Beliau berkata, acara pelancongan diadakan di istana dari 27 Oktober lagi dan beberapa kerja berkaitan dengan acara itu berterusan sehingga 1 pagi tadi tetapi tidak jelas sama ada ia berkaitan dengan kebakaran itu.

Menurut laporan Kyodo, hampir sembilan jentera bomba dihantar ke tempat kejadian.

Istana itu sendiri pernah musnah semasa Perang Dunia II tetapi ia telah dipulihkan dan dibuka semula sebagai taman nasional pada tahun 1992. - AFP