Beijing imbas wajah penumpang kereta api

Teknologi imbasan wajah semakin banyak dilaksanakan di seluruh China termasuk keluar masuk di pasar raya.
Teknologi imbasan wajah semakin banyak dilaksanakan di seluruh China termasuk keluar masuk di pasar raya.
A
A
A

BEIJING - Bandar Beijing, China akan menggunakan teknologi imbasan wajah untuk mempercepatkan pemeriksaan keselamatan di sistem pengangkutan kereta api.

Pengarah Pusat Kawalan Trafik Kereta Api Beijing, Zhan Minghui menyebut, bagi tujuan itu bandar tersebut merancang untuk memasang kamera yang akan mengimbas wajah penumpang ketika mereka masuk ke stesen bawah tanah.

Menurutnya, individu dalam senarai putih diberi keutamaan dan pemeriksaan keselamatan mereka juga dipercepat.

Bagi memastikan rancangan itu berjalan lancar, kaedah sistem kredit digunakan untuk mengasingkan penumpang ke saluran berbeza.

"Bagi penumpang yang menerima maklum balas abnormal selepas wajah diimbas akan tertakluk kepada pemeriksaan tambahan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran kriteria digunakan untuk menyusun penumpang atau apa yang boleh mencetuskan jenis maklum balas.

Sejak Mei lalu, sistem kereta api bawah tanah Beijing mula menolak kredit daripada penumpang yang makan dalam gerabak kereta api.

Sistem kereta api itu pada masa ini mengendalikan 12 juta perjalanan sehari pada hari bekerja dan jumlah itu dijangka meningkat 17 juta perjalanan pada 2022.

Artikel Berkaitan:

Imbasan pengenalan wajah semakin banyak dilakukan di seluruh China termasuk keluar masuk di pasar raya. – AFP