UK mengundi 12 Disember ini

Johnson ketika membahaskan tentang Rang Undang-undang Pemilihan Umum Parlimen Awal semalam. - Foto AFP
Johnson ketika membahaskan tentang Rang Undang-undang Pemilihan Umum Parlimen Awal semalam. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Ahli Parlimen Britain setuju untuk mengadakan pilihan raya pada 12 Disember ini bagi menyokong Perdana Menteri, Boris Johnson untuk cuba memecahkan kebuntuan politik susulan penangguhan Brexit bagi kali ketiga.

Beberapa jam selepas Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara menangguhkan Brexit sehingga 31 Januari 2020, penggubal undang-undang mengundi untuk mengadakan pemilihan ketiga negara itu dalam tempoh empat tahun.

Dengan margin sebanyak 438 undi dengan 20 undi menolak, Dewan Rakyat meluluskan perundangan yang membuka jalan untuk pilihan raya tersebut sejak 1923.

Rang undang-undang itu bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Dewan Pertuanan dan jika ia dijadikan undang-undang menjelang hujung minggu ini, kempen selama lima minggu sehingga hari mengundi akan bermula.

Johnson yang memegang jawatan Perdana Menteri Julai lalu meletakkan harapan tinggi untuk memenangi majoriti di Dewan Rakyat sekali gus memberikannya mandat baharu bagi membolehkan beliau meneruskan rancangan Brexit.

"Sudah tiba masanya untuk negara bersama-sama bagi memastikan Brexit dilaksanakan," katanya.

Awal bulan ini, Johnson digesa meminta penangguhan dalam kalangan pemimpin EU selepas gagal mencapai persepakatan dengan Ahli Parlimen Britain.

Selepas tiga kali gagal mendapatkan pilihan raya biasa yang memerlukan sokongan dua pertiga daripada Ahli Parlimen, beliau memperkenalkan satu rang undang-undang untuk mengadakan pemilihan. - Agensi

Artikel Berkaitan: