Menteri Agama Maldives berminat anjur World #QuranHour

Nasir (kiri) bersalaman dengan Dr Ahmed Zahir Ali (kanan) selepas menyerahkan al-Quran sebagai cenderhati.
Nasir (kiri) bersalaman dengan Dr Ahmed Zahir Ali (kanan) selepas menyerahkan al-Quran sebagai cenderhati.
A
A
A

MALDIVES - Menteri Agama Maldives, Dr Ahmed Zahir Ali berminat untuk menganjurkan World #QuranHour di seluruh Maldives pada tahun hadapan.

Beliau menyatakan demikian kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Nasir Hj Hamzah yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya ketika ke Maldives baru-baru ini.

Penerangan mengenai pelaksanaan World #QuranHour yang memasuki kali kelima tahun ini ternyata menarik minat Dr Ahmed yang akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas berkaitan penganjuran World #QuranHour dan program-program al-Quran lain.

Selain itu Nasir juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan Maldives, Ali Waheed yang juga berminat untuk menjadikan #QuranHour dan al-Quran sebagai salah satu aktiviti untuk menarik pelancong di sana.

Jika sebelum ini setiap tahun World #QuranHour dilaksanakan di Universiti Islam Maldives, insyaAllah mulai tahun hadapan Jabatan Agamanya akan melaksanakan #QuranHour di seluruh Maldives.

Artikel Berkaitan: