Lelaki tak mengaku rogol anak tiri hingga lahirkan anak

Tertuduh (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.
Tertuduh (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang mekanik tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tuduhan merogol anak tirinya pada November 2015 sehingga melahirkan seorang bayi lelaki.

Dalam pertuduhan yang dibaca, tertuduh berumur 45 tahun didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di sebuah rumah di Kuala Kedah, dekat sini.

Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun termasuk hukuman tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim, Syarifah Norazlita Syed Salim Idid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mengarahkannya melantik peguam bela dalam tempoh dua minggu ini dan tarikh sebut semula kes pada 12 November depan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon diberikan jaminan, namun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Alif Farhan Hassan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan disebabkan faktor kesalahan serius, selain bimbang tertuduh sebagai bapa tiri akan mengganggu mangsa selepas mengambil kira hubungan mereka.

Difahamkan, bayi lelaki tersebut yang lahir pada Ogos 2016 kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala ibunya berusia 22 tahun pula sedang mengikuti pengajian di sebuah kolej.

Mangsa sendiri telah hadir ke balai polis pada Oktober tahun lalu untuk membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: