Kos tambahan RM7 juta untuk pembangunan Tanjung Piai

Muhyiddin tengah pada sidang media selepas mengumumkan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai,
Muhyiddin tengah pada sidang media selepas mengumumkan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai,
A
A
A

PONTIAN - Sebanyak RM7 juta peruntukan tambahan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi disalurkan bagi pembangunan Parlimen Tanjung Piai.

Perkara itu didedahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sewaktu Majlis Memperkenalkan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pelancaran Jentera PRK Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tanjung Piai.

Muhyidin berkata, sebelum ini kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan peruntukan RM14.7 juta bagi melaksanakan 17 projek pembangunan di Parlimen berkenaan.

"Walaupun Allahyarham (Datuk Dr Md Farid Md Rafik tidak ada bersama kita tetapi 17 projek dengan nilai RM14.7 juta telah pun diluluskan.

"Kita berterima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali kerana kerana meluluskan tambahan RM7 juta," katanya.

Dalam majlis tersebut Muhyiddin turut mengumumkan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, 16 November ini.

Ahli PH yang hadir sewaktu Majlis Memperkenalkan Calon dan Pelancaran Jentera PH bagi PRK Tanjung Piai di Dewan Kai Hee di sini hari ini.
Ahli PH yang hadir sewaktu Majlis Memperkenalkan Calon dan Pelancaran Jentera PH bagi PRK Tanjung Piai di Dewan Kai Hee di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pagoh itu turut meminta calon Bersatu mewakili PH agar menangani lima perkara berkaitan kos sara hidup, meningkatkan keselesaan hidup khususnya menangani pencemaran, membina lebih banyak rumah mampu milik dan kos sederhana, meningkatkan mutu kesihatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Muhyiddin turut memaklumkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun ke Parlimen Tanjung Piai pada 31 Oktober ini iaitu sebelum penamaan calon pada 2 November, selain turut membantu kempen PH pada 8 November.

Karmaine dipilih sebagai calon Pakatan Harapan bagi PRK Tanjung Piai.
Karmaine dipilih sebagai calon Pakatan Harapan bagi PRK Tanjung Piai.