X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa dua anak dikhuatiri lemas

Lelaki berkenaan dipercayai terjatuh dari jambatan ke Sungai Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Seorang bapa dua anak dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra hari ini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 10.50 pagi, jurujual kereta berusia 42 tahun yang dikatakan mengalami kemurungan menunggang motosikal jenis Modenas ke jambatan tersebut bersendirian.

Difahamkan, mangsa meletakkan motosikalnya di tepi jalan di atas jambatan berkenaan sebelum dipercayai jatuh ke dalam sungai berkenaan.

Mangsa yang dikatakan sering mendapatkan rawatan di hospital di bandar ini keluar dari rumahnya di Kubang Kerian pada jam 9 pagi.

Motosikal lelaki berkenaan yang ditinggalkan di tepi jambatan sebelum jatuh ke sungai.
Motosikal lelaki berkenaan yang ditinggalkan di tepi jambatan sebelum jatuh ke sungai.

Ketua Cawangan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Mohd Farid Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.52 pagi tadi.

“Seramai 22 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Hujan lebat menyukarkan pencarian pada awal operasi. Kita menjalankan operasi dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi mangsa jatuh,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan masih diteruskan.

Usaha mencari lelaki itu sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.
Usaha mencari lelaki itu sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!