X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa lemas, anak selamat kereta masuk parit

A
A

SIBU - Seorang bapa lemas manakala anak lelakinya terselamat apabila kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Ling Kai Cheng malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa yang maut merupakan pemandu kereta tersebut dikenali sebagai Asri Rizal Rahim berusia 41 tahun manakala anaknya, Mohd Mirza berusia 9 tahun mengalami kecederaan.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa dikatakan terperangkap di dalam kereta yang mereka naiki namun kanak-kanak lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah tiba.

Menurut jurucakap itu, kanak-kanak terbabit dikejarkan ke Hospital Sibu menggunakan kenderaan bomba.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta berada dalam parit yang berair dalam keadaan terbalik. Mangsa tersepit di bahagian kaki dan pihak bomba menarik kenderaan itu ke tepi bagi mengeluarkan mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 10.44 malam dan operasi ditamatkan jam11.58 malam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!