X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir setuju isu peralihan PM dibincang dalam Majlis Presiden PH

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang akhbar bersama media Malaysia sebelum berlepas ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari. -Foto Bernama
A
A

BAKU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersetuju jika isu peralihan jawatan Perdana Menteri dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

"Kalau nak bincang, boleh bincang dalam Majlis Presiden," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang peralihan jawatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

Dr Mahathir berkata beliau bersetuju berbuat demikian kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu.

"...dan juga kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cadangan saya jadi pengerusi, dan bakal perdana menteri," kata beliau pada sidang media bersama wartawan Malaysia sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari.

Dr Mahathir, yang berada di sini untuk Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, yang berakhir hari ini, berkata beliau bersetuju jika ada pihak yang mahu membincangkan isu itu.

Dr Wan Azizah, yang juga presiden PH, dilaporkan sebagai berkata demikian ketika diminta mengulas ​​​​​​​kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar secara terperinci seharusnya dibincangkan secara muafakat dalaman antara pemimpin PH.

Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata memang soal peralihan kuasa ​​​​​​​disebut ketika perjanjian awal antara empat pemimpin melibatkan beliau, Dr Wan Azizah (ketika itu Presiden PKR), Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah). -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!