Empat graduan Kyp Advances Skills kongsi kisah menarik

Kyp Advanced Skills juga menganugerahkan hadiah kecemerlangan bagi pelajar terbaik setiap kursus iaitu sistem komputer, pengurusan pejabat, automotif, penyedia makanan, fesyen, aircond, penyedia roti, elektrik dan kimpalan. - Foto: Kyp Advanced Skills
Kyp Advanced Skills juga menganugerahkan hadiah kecemerlangan bagi pelajar terbaik setiap kursus iaitu sistem komputer, pengurusan pejabat, automotif, penyedia makanan, fesyen, aircond, penyedia roti, elektrik dan kimpalan. - Foto: Kyp Advanced Skills
A
A
A

KUANTAN - Empat penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kyp Advanced Skills 2019 yang berlangsung 19 Oktober lalu mempunyai latar belakang menarik untuk dikongsi.

Mereka ialah Nurul Fatin Qairah Bah Dol (Anugerah Kecemerlangan Kursus Sistem Komputer); Muhammad Husaini Abalim (Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Kemahiran Malaysia, Elektrikal); Ulfah Nasrun Amir (Anugerah Pelajar Cemerlang Diploma Kemahiran Malaysia, Kursus Penyedia Makanan) dan Aspanizam Abu Bakar (ibu kepada Allahyarham Mohamad Arif Fahim Md Rizal).

Nurul Fatin Qairah Bah Dol merupakan saudara baharu yang memeluk Islam pada tahun 2016.

Cabaran beliau yang berlainan agama dan kepercayaan dengan ibu bapa tercinta tidak menjadi penghalang untuknya berjaya malah mempamerkan contoh terbaik kepada keluarga.

"Saya bersyukur kerana dengan pertolongan serta hidayah daripada ALLAH SWT ramai orang kampung serta tok batin kampung memeluk Islam. Jadi saya tidak keseorangan.

"Saya menjadikan orang kampung sebagai rujukan hal agama dan al-Quran sebagai panduan. Sepanjang pengajian saya sudah khatam al-Quran sebanyak dua kali.

"Kini saya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di University College Of Yayasan Pahang dalam bidang Pengurusan Institusi Islam," katanya yang berketurunan suku kaum Orang Asli Semai.

Beliau menerima wang tunai sebanyak RM1,000 tajaan Yayasan Pahang, seutas wrist band, plak dan sijil penghargaan.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Husaini Abalim pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 tajaan Yayasan Pahang, sebuah notebook, baucar makanan, jambangan bunga, plak dan sijil penghargaan.

Hafiz 30 juzuk al-Quran ini bersekolah di pondok dalam perkampungan Dornacol, Johannesburg, Afrika Selatan dan merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kyp Advanced Skills.

Kini beliau telah menjawat jawatan sebagai pembantu teknikal di Abra Proserv Technic.

Sementara itu, Ulfah Nasrun Amir dari kursus penyedia makanan menerima wang tunai sebanyak RM3,000 tajaan Yayasan Pahang dan barangan sama.

Muhammad Husaimi Abalim menerima anugerah Kyp Advanced Skill pada Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kyp Advanced Skills 2019 yang berlangsung 19 Oktober lalu. - Foto: Kyp Advanced Skills
Muhammad Husaimi Abalim menerima anugerah Kyp Advanced Skill pada Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kyp Advanced Skills 2019 yang berlangsung 19 Oktober lalu. - Foto: Kyp Advanced Skills

Beliau mendapat keputusan cemerlang sejak di bangku sekolah iaitu 7A (Penilaian Menengah Rendah) dan 6A (Sijil Pelajaran Malaysia) dan merupakan pelajar lepasan Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.

Beliau memperoleh pingat emas hot cooking Malay Cuisine semasa pertandingan Asian Culinary Challenge 2017 dan pemenang pingat gangsa dalam pertandingan Culinaire Malaysia 2017 di KLCC.

Kini beliau berjaya mencipta karier sebagai cook di saujana marine, projek Petronas carigali, Platform Angsi di Terengganu.

Aspanizam Abu Bakar merupakan ibu kepada Allahyarham Mohamad Arif Fahim menaiki pentas bagi menerima anugerah anaknya yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2018 akibat penyakit leukemia.

Allahyarham merupakan pelajar dari kursus penyedia makanan dan telah berjaya menamatkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, penerima-penerima anugerah ini boleh dijadikan contoh yang menjadi kebanggaan KYP untuk memotivasikan lagi bakal graduan yang lain.

"Sekalung tahniah kepada graduan dan menyeru supaya Kyp Advanced Skills terus memberi sinar ilmu kepada anak bangsa," katanya ketika dihubungi media.

Pada majlis itu, seramai 870 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Zenith Hotel, Kuantan.

Kyp Advanced Skills juga menganugerahkan hadiah kecemerlangan bagi pelajar terbaik setiap kursus iaitu sistem komputer, pengurusan pejabat, automotif, penyedia makanan, fesyen, pendingin hawa, penyedia roti, elektrik dan kimpalan.