Bimbang ribut, peniaga di PCB tutup kedai

Kebanyakan kedai makan dan warung di PCB tidak beroperasi hari ini.
Kebanyakan kedai makan dan warung di PCB tidak beroperasi hari ini.
A
A
A

PANTAI CAHAYA BULAN – Keadaan ombak dan ribut di Pantai Cahaya Bulan tidak banyak bezanya di Pantai Pulau Kundur dan kebanyakan peniaga di kawasan ini tidak beroperasi hari ini.

Tinjauan Sinar Harian ke PCB petang tadi mendapati ombak setinggi dua meter melanda pantai itu dan sebuah papan tanda sudah tumbang dipukul ribut.

Seorang peniaga, Mat Riah Ismail,65, yang sudah 21 tahun berniaga di situ berkata, ribut yang melanda sejak semalam agak pelik berbanding biasa.

“Angin bertiup dari pelbagai arah dengan keadaan ombak yang besar. Ini sesuatu yang pelik dan jarang berlaku kecuali pada 2014 lalu.

“Kami pun bimbang dan tak berniaga hari ini. Esok tak tahu lagi macam mana kalau berterusan begini mungkin kami tak berniaga lagi. Peniaga lain pun tak berani buka kedai. Tak apalah rugi tak buka kedai kerana keselamatan dan nyawa lebih penting,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, keadaan ribut dan ombak besar akan lebih membimbangkan menjelang malam dan awal pagi membuatkan dia tidak berani untuk tidur di warungnya dan memilik untuk pulang ke rumah di Jalan Taman Buaya, PCB.

Artikel Berkaitan: