Kakitangan MBPP maut dirempuh kereta

Mangsa yang dirempuh maut di tempat kejadian.
Mangsa yang dirempuh maut di tempat kejadian.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Seorang Pembantu Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita warga China di Datuk Keramat, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, Mohaidin Gani Mohamad, 59, maut di tempat kejadian akibat dirempuh kereta terbabit.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 6.50 pagi tadi ketika mangsa sedang menunggu lampu isyarat di simpang empat Datuk Keramat.

"Mangsa yang berasal dari Jalan Pantai Jerejak itu tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord. Turut dirempuh, sebuah kereta dan sebuah motosikal lain.

"Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 52 tahun dan penunggang motosikal berusia 56 tahun itu tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, polis telah menahan pemandu berusia 24 tahun tersebut untuk siasatan lanjut.

"Polis sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan. Kita turut mengambil sampel darah pemandu wanita itu untuk ujian kandungan alkohol dan dadah dan berharap keputusan dapat diketahui awal," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: