3 warga Thailand dipenjara, sebat kerana miliki pistol
![Bungsak, A-Noosara dan Santee dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/01/03/139653.jpg)
Bungsak Krempek, 24, dan isteri, A-Noosara Toseng, 20, serta sepupu Bungsak, Santee A Wae, 40, turut dijatuhi hukuman enam sebatan terhadap dua pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.
Mereka didakwa bersama-sama memiliki 150 butir dan tiga pucuk pistol termasuk sepucuk berjenama Smith & Wesson di sebuah rumah di Jalan MDKB, Ketereh di sini pada jam 2.30 pagi 3 Februari lalu.
![Kotak mengandungi senjata api dan peluru milik tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/01/03/139654.jpg)
Bagi kesalahan memiliki senjata api, Bungsak dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan, A-Noosara dihukum penjara setahun, manakala Santee A dihukum penjara setahun dan enam sebatan.
Sementara, bagi kesalahan memiliki peluru, Bungsak dihukum penjara lima tahun, A-Noosara dan Santee masing-masing dihukum penjara setahun.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintahkan hukuman dijalankan serentak.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad manakala ketiga-tiga mereka diwakili peguam bela, Mohd Hazrin Alif Wahab.