Polis Pulau Pinang lupus RM9.53 juta dadah

Dalbir membawa dadah yang akan dilupuskan ke dalam lori dengan menggunakan forklift selepas sidang media tadi.
Dalbir membawa dadah yang akan dilupuskan ke dalam lori dengan menggunakan forklift selepas sidang media tadi.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM9.53 juta hari ini membabitkan dadah jenis heroin, morfin, kanabis dan syabu.

Pemangku Ketua Penolong Pengarah Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Dalbir Singh Tanah Singh berkata, tiga jenis dadah itu diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd yang berdaftar di bawah Jabatan Kualiti Alam Sekitar untuk dilupuskan.

"Pelupusan barang kes ini dilakukan selepas perbicaraan selesai dan mendapat arahan dari mahkamah," katanya pada sidang media di Stor Berpusat Kontinjen Pulau Pinang di sini tadi.

Beliau berkata, sehingga September lalu, Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan lima kes makmal dadah melibatkan jumlah keseluruhan dadah bernilai RM341.9 juta.

"Polis merampas 60 tan kokain, heroin/morfin (122.63 kg), heroin base (3,476 kg), syabu (40,331 kg) dan 29,596 pil ekstasi.

"Selain itu, turut dirampas serbuk ekstasi seberat 22,589 kg, 5,565 biji pil kuda, ketamin (2,917 kg), 19,596 biji Eramin 5 dan 127,947 kg ganja.

Menurutnya, sebanyak 1,398 kes dadah atau 93 peratus telah dituduh di mahkamah dengan 4,241 kes melibatkan tokan dadah (street pusher) direkodkan.

"Seramai 212 penagih tegar ditahan tahun ini manakala 346 pada tahun lalu. Mereka ini bukan pertama kali ditahan tetapi lebih daripada dua kali," katanya.

Artikel Berkaitan: