Wanita maut dihempap pokok depan pintu masuk UM

Proton Saga yang remuk di bahagian belakang kereta akibat dihempap pokok tumbang di UM petang tadi. Gambar kanan: Mangsa disahkan maut akibat dihempap pokok sewaktu melalui jalan itu petang tadi. - Foto JBPM KL

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut dihempap pokok di pintu masuk Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Komander Operasi, PBK II Mohd Ramzan Muhammad berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan itu jam 5.31 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputih tiba di lokasi kejadian jam 5.44 petang.

"Mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu dihempap sebatang pokok sewaktu berjalan kaki di hadapan pintu masuk UM.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam insiden sama katanya, tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Toyota Vios dan Perodua Myvi yang diletakkan di kawasan berhampiran turut terjejas dihempap pokok tersebut.

Artikel Berkaitan: