Ribut KL: 15 kenderaan dihempap pokok

Antara kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara pada Jumaat. - Foto JBPM KL
Antara kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara pada Jumaat. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 buah kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di ibu negara pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 berkaitan kes pokok tumbang sebelum menghantar jentera ke tempat lokasi kejadian.

"Panggilan diterima setakat ini membabitkan 10 lokasi iaitu di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Danau Kota.

Antara kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara pada Jumaat. - Foto JBPM KL
Antara kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara pada Jumaat. - Foto JBPM KL

"Lokasi lain ialah Bayu Mont Kiara, Jalan Kelantan, Jalan Sultan Ismail serta Jalan Ampang Ortophedik Hospital," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah kenyataan, kenderaan yang terjejas dihempap pokok membabitkan 10 buah kereta serta kenderaan pelbagai guna (MPV) selain lima motosikal.

Katanya, terdapat juga kejadian pokok tumbang di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas.

Sebahagian daripada 15 buah kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di ibu negara pada Jumaat. - Foto JBPM KL
Sebahagian daripada 15 buah kenderaan dihempap pokok dalam kejadian ribut di ibu negara pada Jumaat. - Foto JBPM KL

"Anggota yang terlibat dalam operasi ini dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Pantai, BBP Jinjang, BBP Setapak serta BBP Wangsa Maju.

"Selebihnya dari BBP BBP Sri Hartamas, BBP Titiwangsa dan BBP KLCC," ujarnya.