X

Kindly register in order to view this article
!

Kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Kuala Lumpur

Keadaan kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di jalan utama. -Foto Facebook
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat lebih setengah jam petang tadi mengakibatkan beberapa jalan raya utama di Kuala Lumpur dinaiki air dan beberapa kenderaan dilaporkan terperangkap.

Menerusi video dan gambar tular di laman Facebook mendapati antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Duta dan beberapa jalan utama di bandar raya ini.

Difahamkan juga beberapa kenderaan terperangkap akibat banjir kilat ini dan mengakibatkan kesesakan di pusat bandar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur difahamkan akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat ini.

Dalam pada itu, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook memaklumkan banjir Kilat di kedua2 hala Jalan Tuanku Abdul Halim.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu turut memaklumkan tiga kenderaan sangkut di dalam takungan air.

"Air semakin naik. Skuad Penyelamat DBKL, warden trafik, Renjer 01 dan 02 bersama polis trafik di lokasi," katanya.