Warga emas maut langgar kera melintas

Seekor kera tiba-tiba melintas di laluan mangsa.
Seekor kera tiba-tiba melintas di laluan mangsa.
A
A
A

HULU SELANGOR – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar seekor kera melintas jalan di kilometer 23.6 Jalan Bestari Jaya- Tanjung Malim (Sungai Tengi Selatan) di sini tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa, Nasir Alias, 57, sedang menunggang motosikal Modenas Kriss dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dari Tanjung Malim menghala balik ke rumahnya di Sungai Tengi Selatan.

“Tiba-tiba seekor kera melintas di laluan mangsa menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu jatuh. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: