Sri Mulyani Indrawati kekal Menteri Kewangan Indonesia

Sri Mulyani Indrawati kekal sebagai menteri kewangan. - Foto AGENSI
Sri Mulyani Indrawati kekal sebagai menteri kewangan. - Foto AGENSI
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Sri Mulyani Indrawati meneruskan peranan sebagai menteri kewangan bagi penggal kedua.

Perkara itu dimaklumkan Sri Mulyani kepada wartawan hari ini.

Selepas pertemuan dengan presiden, Sri Mulyani berkata, beliau akan memberi tumpuan terhadap dasarnya ke arah keutamaan Jokowi bagi meningkatkan sumber daya manusia memastikan belanjawan kerajaan dilaksanakan dengan baik dan dasar fiskal dapat bertindak balas terhadap kedinamikan global.

Sri Mulyani, tokoh disegani di Indonesia merupakan bekas Pengarah Urusan Bank Dunia menjadi menteri kewangan sejak 2016 telah menerajui usaha reformasi cukai menyeru memanfaatkan program pembaharuan cukai 2016-2017.

Beliau sebelum ini berada di kedudukan yang sama dalam tempoh 2005-2010 di bawah pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan kemudiannya 2016-2019 sebagai menteri kewangan di bawah Presiden Jokowi.

Semasa pertemuan selama lebih satu jam dengan Presiden Jokowi, Sri Mulyani mengakui bahawa beliau telah membincangkan banyak matlamat ekonomi kerajaan 2019-2024.

"Cita-cita presiden adalah untuk menjadikan Indonesia dengan sumber manusia yang lebih baik dengan birokrasi yang cekap yang bersih dari korupsi serta kemampuan ekonomi kita yang semakin berkembang, " kata Sri Mulyani.- Agensi

Artikel Berkaitan: