RM7 juta untuk Tanjung Piai: Kebetulan ada pilihan raya, kata Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan peruntukan berjumlah RM7 juta yang diberikan kepada kawasan Tanjung Piai baru-baru ini bukan untuk memancing undi.

Menurutnya, kerajaan hanya menjalankan tugas seperti biasa dan peruntukan diumumkan itu secara kebetulan hampir dengan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

“Kita sebelum dinamakan calon, kita menjalankan tugas biasa. Waktu mana pun (kerajaan) buat peruntukan tetapi secara kebetulan ada PRK di situ,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tiga hari lepas, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan peruntukan persekutuan sebanyak RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai.

Memetik laporan portal tempatan, Syed Saddiq dilaporkan berkata, jumlah itu sebahagian daripada peruntukan RM14.6 juta yang dimohon Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik sebelum ini.

Selain Syed Saddiq, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi projek menaik taraf tiga jeti nelayan di kawasan sama.

Ahli Parlimen Kulai itu menegaskan, sebagai menteri, beliau berhak membuat sebarang pengumuman berdasarkan peruntukan diberikan kerajaan kepada kementeriannya asalkan ia dapat membantu dan menggembirakan rakyat.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa peruntukan tidak diumumkan selepas PRK, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan kebiasaannya memang ada perancangan untuk kawasan-kawasan tertentu.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kita dah umum dan sedang ada kempen-kempen, itu tidak baik kalau (kerajaan) tawarkan apa-apa bantuan tetapi pada kebiasaannya, memang ada rancangan-rancangan tapi sebolehnya, tidak gunakan rancangan-rancangan ini sebagai umpan untuk menarik sokongan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: RM3 juta naik taraf tiga jeti di Tanjung Piai

Saya tak tunggu waktu tertentu, kata Salahuddin

PH dilihat mula berubah jadi BN 1.0, kata Annuar