Laluan motosikal Jalan Railway 1/2 ditutup tiga minggu

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan kerja-kerja penyambungan jejantas motosikal lama dan baru dari Jalan Railway 1/2 hingga Jalan PJS 1/26 bermula Isnin depan

MBPJ dalam kenyataannya berkata, laluan jejantas motosikal terlibat akan ditutup untuk tempoh selama tiga minggu sehingga 28 Januari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja tersebut.

Berikutan itu, pengguna motosikal dikehendaki menggunakan laluan alternatif di Jalan Templer - Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut bagi menggelakkan sebarang kesulitan.

Dalam pada itu, pengguna lalu lintas yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh terus berhubung Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221 atau Pengurus Projek Wealthtool Enterprise, Muhammad Azwan Alwee di talian 012-7743776.

Artikel Berkaitan: