'Walau dalam sampan pun solat'

Paparan seorang lelaki solat dalam sampan mendapat perhatian netizen.
Paparan seorang lelaki solat dalam sampan mendapat perhatian netizen.
A
A
A

TELUK NIBONG - Video seorang lelaki menunaikan solat dalam sampan di bawah terminal penumpang Teluk Nibong, Pelabuhan Tanjung Balai Asahan di Tanjungbalai, Sumatera Utara Indoensia mendapat pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian video 1 minit 50 saat itu dimuat naik di Facebook Arifin Kohler sebelum tular di media sosial dan meraih lebih 531,000 tontonan.

Menerusi status Arifin Kohler, “Berapa gajimu?? sampai sanggup kau meninggalkan solat, apa yang dijanjikan dengan pasanganmu hingga begitu mudah kau meninggalkan solat???,” tulisnya.

Kata-kata itu merujuk kepada rakaman video memaparkan seorang lelaki sedang khusyuk menunaikan solat di dalam sebuah sampan sementara menunggu penumpang tiba.

Meskipun saat itu sampannya tidak stabil namun lelaki itu tetap berdiri ketika menunaikan solat seolah dirinya berada di kawasan rata.

Audio rakaman juga kedengaran suara lelaki menyebut Subhanallah tatkala lelaki itu mengangkat tangan untuk takbiratulihram namun tidak diketahui lelaki itu menunaikan solat Zuhur atau Asar.

Rata-rata netizen melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana lelaki itu mengutamakan solat walau di mana pun berada.

“Ini patut di contohi, sesulit apa pun dan sesusah mana pun janganlah melupakan solat,” tulis Sumbarto Ook di ruang komen Facebook.

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran yang sama, kata Oshi Kartikasi, dia mengenali lelaki tersebut.

“Ingatlah di mana pun berada, buat kerja apa pun selalu ingat solat. Dulu saya selalu bawa makanan untuknya dan sering melihat dia sedang solat dalam sampan, saya berasa terharu dan hiba,

“Walau dalam sampan pun dia tetap solat,” tulisnya.

Selain itu, Basofi turut menyindir segelintir individu yang bertugas dalam pejabat memiliki persekitaran selesa namun masih tidak menunaikan solat.

“Alahuakbar, meskipun gaji kecil tapi ibadah taat dari pada gaji besar lupa ibadah, ini teguran buat warga kerja yang bertugas di pejabat.

“Jangan hanya mencari duit tetapi ibadah tidak dibuat. Ingatlah kelak ketika mati bukan harta yang ditanya,” katanya.