Kejuaraan Futsal AFF 2019: Skuad negara bermula langkah kiri

No Image Caption
A
A
A

MALAYSIA memulakan Kejuaraan Futsal AFF 2019 dengan langkah kiri apabila tewas 2-3 kepada Indonesia pada aksi sulung Kumpulan B di Stadium Phu Tho Indoor, Ho Chi Min City, Vietnam hari ini.

Indonesia terlebih dulu merobek gawang skuad negara pada minit ke-15, namun jaringan Bayu Saptaji dibatalkan kerana pengadil mendapati pemain itu menggunakan tangan.

Situasi itu tidak menyentap semangat Indonesia kendalian Kensuke Takahashi, sebaliknya mereka terus mengasak menerusi percubaan Subhan Faidasa dan Iqbal Iskandar.

Gawang skuad negara bolos bolos apabila Andri Kustiawan bijak menewaskan penjaga gol, Azrul Hadee pada minit ke-17 sebelum Iqbal melebarkan jaringan beberapa saat kemudian untuk kedudukan Indonesia selesa mendahului 2-0.

Bersambung babak, jurulatih negara, Chiew kedua Chun Yong melakukan beberapa pertukaran taktikal, hasilnya skuad negara kembali bangkit mengasak kubu Indonesia bagi memburu gol.

Gol dicari skuad negara akhirnya hadir menerusi Ridzwan Bakri pada minit ke-27 apabila dia bijak menyudahkan sepakan percuma sebelum Saiful Nizam Mohd Ali menyamakan kedudukan 2-2 beberapa saat kemudian.

Bagaimanapun, hasrat skuad negara untuk sekurang-kurangnya berkongsi satu mata tidak kesampaian apabila Syahidansyah Lubis muncul wira Indonesia dengan gol kemenangan pada minit ke-32.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara tiada pilihan kecuali menang ke atas Australia pada malam esok bagi memastikan peluang mara kembali menyala.

Artikel Berkaitan:

INFO

JADUAL PERLAWANAN

Kejuaraan Futsal AFF 2019

ESOK

KUMPULAN B

Indonesia lwn Vietnam

(Stadium Phu Tho Indoor, 5.30 ptg)

Malaysia lwn Australia

((Stadium Phu Tho Indoor, 8 mlm)