Kenakan hukuman lebih berat kepada pembunuh gajah: Mohd Shafie

 Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta hukuman lebih berat diambil terhadap mana-mana individu dan pihak yang terbukti membunuh gajah di Sabah.

Beliau berkata, tindakan tegas itu sebagai peringatan untuk tidak mengambil tindakan terhadap gajah yang masuk ke kawasan mereka dan memusnahkan tanaman.

“Saya sudah menyatakan bahawa bukan lesen untuk mana-mana pihak untuk membunuh hidupan liar yang masuk ke kawasan tanah mereka.

Apa perlu dilakukan adalah pemilik tanah perlu bekerjasama erat dengan pihak berkuasa iaitu Jabatan Hidupan Liar untuk menangani masalah berkenaan...isu ini perlu dipandang serius dan perlu ditangani dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Kerajaan Negeri Sabah, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seekor lagi gajah jenis pygmy dibunuh di Sabah

Bangkai seekor lagi gajah pygmy jantan tanpa gading dipercayai sudah mati kira-kira lima hari ditemukan di sebuah ladang di Labuk pada pagi Sabtu lepas dengan beberapa kesan tembakan.

Ia adalah kes kedua, selepas bangkai seekor gajah pygmy ditemukan di Sungai Udin Dumpas, Kalabakan, Tawau juga dengan kesan tembakan pada 25 September lepas yang mana enam individu telah direman untuk membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: