Isteri MB Johor selamat lahirkan anak keempat

Sahrudin Jamal
Sahrudin Jamal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isteri Menteri Besar Johor Datin Dr Nila Armila Mukdan selamat melahirkan cahaya mata keempatnya di sebuah hospital swasta, dekat Muar, awal pagi tadi.

“Bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, isteri saya Dr Nila Armila selamat melahirkan cahaya mata keempat kami, pagi tadi,” kata Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahrudin Jamal dalam satu kenyataan ringkas.

“Bayi lelaki sulung seberat 3.87 kilogram ini selamat dilahirkan sekitar pukul 9.24 pagi. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih di atas doa dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak kepada saya dan isteri,” tambahnya.

Hasil perkahwinan Dr Sahruddin dan Dr Nila Armila sebelum ini, mereka telah dikurniakan tiga puteri iaitu A Nasha Yasmine Annisa, Nadya Zhafirah Annisa dan Nurul Fitri Sofia. - Bernama

Artikel Berkaitan: