Tanah runtuh laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Keadaan tanah runtuh yang berlaku tengah malam tadi mengakibatkan satu lorong ditutup di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO: JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI PERAK
Keadaan tanah runtuh yang berlaku tengah malam tadi mengakibatkan satu lorong ditutup di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO: JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI PERAK
A
A
A

IPOH - Pengguna yang ingin ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai diminta berhati-hati susulan kejadian tanah runtuh di jalan berkenaan tengah malam tadi.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kejadian berlaku jam 12.30 malam tadi membabitkan Seksyen 31.6, laluan FT18 Jalan Simpang-Cameron Highlands.

Menurutnya, panjang kawasan terlibat adalah 100 meter dengan kedalaman 20 meter.

"Disebabkan itu, satu lorong arah utara ditutup atas faktor keselamatan dan bagi membolehkan langkah seterusnya dibuat agar kejadian tidak diingini berlaku.

"Kita harap pengguna berwaspada apabila melalui kawasan terbabit apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata, keadaan itu sedang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dan syarikat konsesi Belati Wangsa Sdn Bhd.

Menurutnya, pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) juga telah dibuat dan kerja-kerja pembaikan akan dijalankan pihak kontraktor secepat mungkin.

Artikel Berkaitan: