X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir: Tiga PPS dibuka di tiga daerah di Perak

A
A

IPOH - Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir dibuka di Perak menjadikan jumlah keseluruhan yang dibuka sejak semalam akibat banjir kilat meningkat kepada tiga.

PPS yang baharu dibuka semalam ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong dan Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Malau masing-masing di daerah Hilir Perak serta Hulu Perak, manakala PPS di DOR Kampung Sungai Klah Baru di daerah Batang Padang dibuka sejak Khamis.

Setakat ini, seramai 194 mangsa daripada 58 keluarga ditempatkan di ketiga-tiga PPS itu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, di daerah Hilir Perak seramai 92 penduduk daripada 23 keluarga ditempatkan di SK Changkat Jong, Teluk Intan, yang dibuka pada jam 11 malam tadi.

“Ia melibatkan mangsa dari Kampung Batu 9, Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Lorong Sidang Osman dan Batu 8,” katanya.

Menurutnya, bagi daerah Hulu Perak pula seramai 21 mangsa daripada lapan keluarga di Kampung Malau Baru, Lenggong ditempatkan di PPS DOR Kampung Malau yang juga dibuka pada jam 11 malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 81 penduduk membabitkan 27 keluarga dari Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai ditempatkan di DOR Kampung Sungai Klah Baru di daerah Batang Padang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!