Wanita AS tinggal bersama 300 ekor tikus

Van milik seorang wanita dari San Diego dipenuhi lebih 300 ekor tikus.
Van milik seorang wanita dari San Diego dipenuhi lebih 300 ekor tikus.
A
A
A

SAN DIEGO - Seorang wanita dari San Diego, Amerika Syarikat dilaporkan tinggal bersama lebih 300 ekor tikus dalam sebuah van sehinggalah pihak berkuasa tampil mengambil tindakan.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Carla itu pada mulanya hanya memelihara dua ekor tikus, namun berikutan kadar pembiakan yang pantas akhirnya kira-kira 300 ekor tikus menghuni segenap ruang van wanita itu yang diparkir di sebuah jalan di San Diego.

Tikus-tikus terbabit adakalanya berkeliaran di luar van dan mendatangkan masalah.

Susulan beberapa aduan, pegawai San Diego Humane Society yang menemui Carla berpendapat situasi berkenaan harus ditangani dengan segera.

Carla yang menyedari bahawa keadaan sudah mula tidak terkawal bersetuju menyerahkan tikus peliharaannya.

Pihak berkuasa berjaya mengumpul kira-kira 320 ekor tikus, kebanyakannya masih kecil dan difahamkan, sejumlah 140 ekor tikus telah sedia untuk diberikan kepada mereka yang berminat memelihara haiwan tersebut.

Sementara itu, Carla turut mendapat kenderaan baharu untuk didiami susulan sumbangan orang ramai. - Agensi

Artikel Berkaitan: