380 bantah projek LRT Bayan Lepas

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menerima sebanyak 380 bantahan daripada 16,140 maklum balas pemeriksaan awam berhubung projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selebihnya atau 97 peratus responden menyokong dan bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pembinaan LRT berkenaan yang diadakan bermula pertengahan Ogos sehingga 17 Oktober lalu.

“Berdasarkan keseluruhan 16,140 maklum balas yang diterima, sebanyak 15,760 responden menyokong manakala 380 atau 2.35 peratus maklum balas lagi tidak menyokong,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Kon Yeow berkata, pada 10 Oktober lalu, satu mesyuarat telah diadakan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengemas kini maklumat proses pemeriksaan awam bagi bulan pertama.

Menurutnya, APAD telah meminta rakan pelaksana projek menyediakan senarai semak serta menjawab semua pertanyaan diterima melalui proses pemeriksaan tersebut.

Projek LRT yang merupakan satu komponen dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) itu dijangka siap dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

Artikel Berkaitan: