X

Kindly register in order to view this article
!

Cubaan sebar komik tindakan menanam doktrin: NUTP

A
A

SHAH ALAM - Cubaan pihak yang ingin menyebar komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' ke sekolah merupakan satu tindakan mahu menanam doktrin yang mampu menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, siasatan segera berhubung perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan ia terus menjadi polemik.

"NUTP menyelar tindakan pihak-pihak yang sengaja cuba menyebar komik tersebut. Kami anggap sebarang cubaan menggugat keharmonian dan mengubah sejarah sebagai pengkhianatan kepada negara.

"Pihak NUTP juga amat yakin bahawa cubaan pengedaran komik tersebut ke sekolah-sekolah adalah di luar pengetahuan pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

"Bagaimanapun, kita berharap agar siasatan segera dilakukan bagi mengelakkan perkara ini menjadi polemik yang akhirnya mampu menggugat keharmonian rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM nafi beri kebenaran edar komik propaganda

Beliau berkata demikian bagi diminta mengulas isu cubaan pengedaran komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' di beberapa sekolah di Pulau Pinang yang didakwa berunsur provokatif.

Aminuddin berkata, walaupun kerjasama pihak sekolah dengan agensi-agensi luar khusus dalam menerima sumbangan adalah penting dalam memajukan sekolah namun pengetua dan guru besar sekolah juga perlu peka dengan peraturan sedia ada pihak KPM dan kerajaan.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.

Komik itu diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!