APMM tahan tiga bot nelayan warga asing

Rampasan pelbagai jenis ikan susulan penahanan tiga bot nelayan kelas B1 di jarak kira-kira 5 batu nautika dari Sungai Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor semalam.
Rampasan pelbagai jenis ikan susulan penahanan tiga bot nelayan kelas B1 di jarak kira-kira 5 batu nautika dari Sungai Tengkorak, Tanjung Karang, Selangor semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Tiga buah bot nelayan yang dikendalikan tekong dan awak-awak warga Myanmar ditahan ketika sedang menunda pukat dalam jarak kira-kira 5 batu nautika dari Sungai Tengkorak, Tanjung Karang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, ketiga-tiga bot kelas B1 itu ditahan kira-kira jam 7 petang.

"Seramai tiga tekong dan sembilan awak-awak warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan.

"Semakan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu, mereka juga dikesan beroperasi tanpa memiliki permit kerja sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan melanggar syarat sah lesen bot berkenaan apabila menangkap ikan di bawah 8 batu nautika dari pesisir pantai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah merampas pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 580 kilogram.

Katanya, kesemua bot berkenaan telah dibawa ke Jeti Pulau Indah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Perikanan 1985.

"Kita memandang serius perkara ini kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan ekosistem dan pendapatan nelayan tradisional di pesisir pantai,” katanya.

Artikel Berkaitan: