UMNO dan Pas boleh cuba sertai PH, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan Forum Pembasmian Kemiskinan untuk Pembangunan Inklusif dan Sejahtera di Malaysia di Mercu UEM hari ini.
Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan Forum Pembasmian Kemiskinan untuk Pembangunan Inklusif dan Sejahtera di Malaysia di Mercu UEM hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Mereka boleh cuba', kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas cadangan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya UMNO dan Pas menyertai Pakatan Harapan (PH).

Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong itu dilaporkan mencadangkan supaya UMNO dan Pas menyertai PH tanpa penyertaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketika ditanya adakah Hishammuddin pernah menyuarakan cadangannya itu kepada beliau pada pertemuan diadakan sebelum ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH itu berkata, ia tidak disuarakan.

Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Hishammuddin itu akan dapat menghidupkan kembali budaya politik dan pentadbiran negara berasaskan kaum.

Majlis itu menegaskan mereka berpegang teguh kepada Muafakat PH yang dipersetujui secara bersama oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah dan DAP untuk kekal dalam kerajaan PH yang turut dianggotai Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Kabinet.

Sehubungan itu mereka menggesa agar Hishammuddin dan rakan rakannya menghentikan kempen untuk mengetengahkan idea pembentukan kerajaan baharu tanpa penyertaan DAP dan Amanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Semai benih perpaduan Malaysia

Sementara itu, Dr Mahathir turut menafikan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa isu peralihan kuasa menyebabkan pelabur kurang melabur di negara ini berikutan ketidaktentuan politik.

Artikel Berkaitan:

“Pelaburan langsung asing (FDI) yang telah masuk ke negara ini jumlahnya berbilion ringgit mana ada kurang. Namun, kita masih memerlukan lebih banyak lagi pelaburan kerana ia mencipta pekerjaan.

“Kita perlu melalui pengalaman ini (ketidaktentuan ekonomi) kerana sebelum ini juga, kita berdepan masalah sama. Dulu ada percubaan untuk meruntuhkan ekonomi negara tapi kita perlu hadapi masalah ini,” katanya.