Awan berbentuk gelombang tsunami cetus panik

BMKG mengesahkan ia adalah awan kumulonimbus yang sangat besar.
BMKG mengesahkan ia adalah awan kumulonimbus yang sangat besar.
A
A
A

MAKASSAR - INDONESIA. Penduduk kota Makassar, Sulawesi Selatan (Sulsel), semalam gempar dengan kemunculan awan berbentuk gelombang tsunami.

Gambar memaparkan keadaan pelik itu turut dikongsi di media sosial.

Menurut jurucakap Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geologi (BMKG) di Makassar, Nur Asia Utami memaklumkan ia adalah awal kumolonimbus yang sangat besar.

Jelasnya, awan seperti itu biasanya disertai hujan lebat, petir dan angin kencang.

"Tempoh untuk menyebabkan keadaan itu bergantung kepada saiz awan dan biasanya mengambil masa 1 hingga 2 jam," ujarnya.

Jelasnya, awan kumulonimbus seperti itu berpotensi terbentuk di beberapa wilayah Sulawesi Selatan khususnya pesisir barat dan selatan.

"Ia boleh muncul kembali di Makassar. Awan kumulonimbus sangat berbahaya terutamanya bagi laluan penerbangan," katanya lagi. - Kompas.com

Artikel Berkaitan: