Sultan Perak berkenan sampaikan tauliah lantikan pegawai masjid

Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan menyampaikan watikah pelantikan Pegawai Masjid kepada Ismail Abu Bakar (kanan) pada majlis penyampaian Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid peringkat negeri di Institut Tadbiran Islam Perak hari ini. - Foto Bernama
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menyampaikan tauliah pelantikan pegawai masjid (imam/bilal) meliputi daerah Parit Buntar, Bagan Serai, Kampung Gajah dan Selama.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusof Husin.

Pada majlis yang berlangsung di Institut Tadbiran Islam Perak di sini, 64 penerima adalah dari Parit Buntar melibatkan 31 masjid dan satu surau dirikan sembahyang Jumaat.

Bagi Bagan Serai pula, penerimanya seramai 36 orang meliputi 35 masjid dan Kampung Gajah seramai 64 penerima melibatkan 31 masjid dan satu surau dirikan sembahyang Jumaat.

Sementara itu, di Selama seramai 40 penerima meliputi 19 masjid dan satu surau dirikan sembahyang Jumaat.

Penyampaian tauliah untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan empat daerah berkenaan dengan jumlah keseluruhan 204 penerima. - Bernama