Larangan merokok : 1,453 notis amaran dikeluarkan

Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) berkata demikian ketika sidang media di bangunan KKM, hari ini.
Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) berkata demikian ketika sidang media di bangunan KKM, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,453 notis amaran kepada perokok telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sementara itu sebanyak 7,451 risalah telah diedarkan kepada orang awam dan seramai 3,879 individu telah diberi nasihat berhubung penguatkuasaan itu.

Katanya lagi, sehingga jam 12 tenga hari hari ini, terdapat sebanyak 28 panggilan telefon telah diterima oleh KKM.

"Dan untuk makluman seramai 611 anggota penguatkuasa KKM terlibat pada hari pertama penguatkuasaan.

"Di pihak KKM, kami akan meneruskan penguatkuasaan pendidikan secara menyeluruh bagi memastikan masyarakat benar-benar maklum akan larangan ini bagi menjadi perlindungan daripada bahaya asap rokok," katanya kepada pemberita di bangunan KKM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya, hanya notis amaran dikeluarkan buat enam bulan pertama pelaksana peraturan tersebut, dan tiada saman akan dikeluarkan dalam tempoh itu.

"Itu hanya keluarkan notis amaran dan mungkin salah faham (jika mengatakan kami keluarkan surat saman). Kami telah jelaskan itu adalah amaran dan tidak ada kompaun," katanya.

Katanya lagi, buat permulaan kepada pelaksanaan ini semua negeri telah mula melaksanakan penguatkuasaan pendidikan kepada perokok.

Artikel Berkaitan:

"Ia merangkumi aktiviti permakluman berkenaan tempat-tempat larangan merokok melalui edaran risalah, makluman secara individu serta makluman di media sosial dan media massa," katanya.

Dalam pada itu katanya, aktiviti penguatkuasaan pada hari pertama juga merangkumi aktiviti memperingatkan tuan premis makanan akan tanggungjawab mereka untuk meletakkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok sebagaimana Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Terdahulu semua premis makanan di negara ini diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuatkuasa 12 tengah malam 1 Januari, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Peraturan larangan merokok itu di warta mengikut Peraturan 11, PPKHT 2004 yang mana mereka melanggarnya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.PUTRAJAYA - Sebanyak 1,453 notis amaran kepada perokok telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.