Pelari dari Kenya pecah rekod 16 tahun acara maraton

Kosgei mencatat masa dua jam 14 minit 04 saat (2:14:04) mengatasi masa yang dipegang Radcliffe iaitu dua jam 15 minit 25 saat (2:15:25) pada acara sama di London pada tahun 2003.- FOTO: AGENSI
Kosgei mencatat masa dua jam 14 minit 04 saat (2:14:04) mengatasi masa yang dipegang Radcliffe iaitu dua jam 15 minit 25 saat (2:15:25) pada acara sama di London pada tahun 2003.- FOTO: AGENSI
A
A
A

CHICAGO - Pelari dari Kenya, Brigid Kosgei telah mencatatkan rekod dunia baharu bagi acara maraton apabila berjaya memecah rekod selama 16 tahun yang dipegang oleh Paula Radcliffe dari Britain dalam acara yang sama di Chicago, Amerika Syarikat semalam.

Kosgei mencatat masa dua jam 14 minit 04 saat (2:14:04) mengatasi masa yang dipegang Radcliffe iaitu dua jam 15 minit 25 saat (2:15:25) pada acara sama di London pada tahun 2003.

Pelari berusia 25 tahun itu pada mulanya bergerak agak perlahan namun berjaya melepasi ketika separuh jalan pada masa 1:06:59 apabila dia terus memecut untuk ke garisan penamat sekali gus memecahkan rekod dunia.

Radcliffe turut hadir mengucapkan tahniah kepada Kosgei pada acara maraton yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat kelmarin. FOTO: AGENSI
Radcliffe turut hadir mengucapkan tahniah kepada Kosgei pada acara maraton yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat kelmarin. FOTO: AGENSI

"Mereka (penonton) bersorak dan saya mendapat lebih banyak tenaga untuk lebih cepat," kata Kosgei.

Radcliffe turut hadir pada acara tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Kosgei di atas pencapaiannya yang berjaya memecah rekod dengan perbezaan masa satu minit 11 saat.

"Apabila saya melihat berapa cepat Brigid pada babak pertama saya tahu ia akan 'pecah'," kata Radcliffe, 45.

Rekod yang dipegang Radcliffe pada 2003 ialah rekod dunia maraton paling lama dalam era pasca perang. - Agensi

Artikel Berkaitan: