X

Kindly register in order to view this article
!

Warga Singapura nyaris rentung

Pasukan bomba memadamkan kebakaran pada bahagian enjin kereta mangsa di Tambak Johor, awal pagi tadi. (Gambar kecil: Bahagian enjin kereta mangsa yang musnah 90 peratus.) - Foto Bomba Johor
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura nyaris rentung selepas kereta dipandunya musnah 90 peratus pada bahagian enjin akibat terbakar di Bangunan Sultan Iskandar pada jam 5.30 pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamil Zulkifli berkata, lelaki berusia 65 tahun yang sedang beratur di Tambak Johor menuju ke arah Woodlands itu sempat berhenti di tepi jalan selepas terhidu bau hangit.

"Kebakaran berlaku sejurus mangsa meletakkan kereta jenis Mitsubishi Lancer di tepi jalan selepas terhidu bau hangit. Mangsa sempat keluar dari kereta.

"Kereta mangsa terbakar 90 peratus pada bahagian enjin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tamat jam 5.57 pagi dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi ini melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dengan dua jentera," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus