X

Kindly register in order to view this article
!

Taufan Hagibis: Bandar Akihabara ibarat 'ghost town'

Keadaan bandar Akihabara sebelum dan selepas.
A
A

AKIHABARA - Keadaan bandar Akihabara yang juga bandar elektrik terkenal di Jepun umpama bandar hantu atau 'ghost town' selepas Taufan Hagibis melanda semalam.

Taufan paling besar dan amat kuat membawa hujan lebat dan angin kencang membadai kawasan Tokyo, Shizuoka dan bahagian utara Jepun, Chiba itu mengakibatkan gangguan kepada sistem pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik.

Sebanyak 1,929 penerbangan antarabangsa dan domestik juga dibatalkan selepas Taufan Hagibis membadai bahagian tengah dan timur Jepun semalam selain pengangkutan utama terjejas seperti perjalanan kereta api, malah sesi persekolahan di Tokyo juga ditutup.

Menerusi Twitter Chestboy, rakaman keadaan bandar Akihabara berdurasi empat saat tular di media sosial memaparkan keadaan bandar itu lenggang dan hanya papan digital berfungsi.

Gambaran itu seolah-olah berada di 'ghost town' apabila suasana sunyi sepi tanpa penduduk dan sehingga kini, rakaman itu meraih lebih 3.5 juta tontonan.

Chestboy turut memaparkan realiti gambaran sebenar setiap hari di bandar elektrik yang pastinya sesak dengan penduduk mahupun pelancong.

Bagi mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki di Akihabara, bandar ini menempatkan pelbagai kedai menjual barangan selain pelbagai barangan elektrik dengan harga yang murah.

Terdapat kedai robot, permainan video retro seperti NES selain menjual komputer hingga ke audio.

Taufan Hagibis meragut 11 nyawa selepas melumpuhkan bandar Tokyo semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!