Kes bunuh: Polis tahan enam suspek bantu siasatan

Mohd Zani
Mohd Zani
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai enam orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu di hadapan sebuah pusat hiburan di Pusat Perniagaan 8th Avenue Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata bagaimanapun, keenam-enam suspek berkenaan telah dibebaskan atas jaminan polis selepas siasatan dilakukan oleh pihak polis berhubung kes itu.

"Sebelum ini kita dah tahan enam suspek dan kesemua telah dibebaskan atas jaminan polis,"katanya.

Mohd Zani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian yang berlaku pada 16 Disember lalu di mana seorang pengurus pusat hiburan berusia 28 tahun maut selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis kini sedang giat memburu seorang lelaki, A Ragu yang dipercayai merupakan seorang ahli Geng 08 Spider Banting dan juga suspek utama bagi kes tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata polis juga telah menularkan wajah suspek terlibat bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan lokasi individu berkenaan.

"Kita sedang giat mengesan suspek berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan selepas ini," katanya.

Artikel Berkaitan: