Ronaldo hampiri gol ke-700

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo membuktikan dirinya masih berbisa dan mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol apabila cemerlang membantu pasukannya menewaskan Luxembourg, 3-0 dalam kempen Kelayakan Euro 2020 di Stadium Jose Alvalade awal pagi tadi.

Pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan satu gol pada minit ke-65 menjadikan ia gol ke-94 buat negaranya dan gol ke-699 keseluruhan dalam karier bola sepaknya.

Malah, penyerang Juventus itu juga berpeluang untuk mencetak gol yang ke-700 dalam kariernya ketika menentang Ukraine di Kiev dalam kempen Kelayakan Euro 2020 Selasa ini.

Pengendali Portugal, Fernando Santos mengakui turut berbangga dengan catatan gol yang dimiliki Ronaldo dan dalam masa sama mengharapkan prestasi cemerlang itu akan terus dapat dikekalkan untuk meraih tiket ke saingan Euro 2020.

"Apa yang saya boleh katakan tentang Ronaldo. Dia seorang pemain yang hebat dan pada usianya sekarang dia masih mampu untuk menjaringkan gol.

"Ronaldo masih tunjang utama untuk dan saya gembira dia masih mampu untuk memberi sumbangan kepada pasukan. Saya harap persembahan cemerlangnya akan berterusan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan ke atas Luxembourg, Santos menyifatkan pasukan A Selecao das Quinas itu bermula baik pada 25 minit awal perlawanan.

“Kemudiannya kami hilang tumpuan dan Luxembourg semakin selesa tetapi tidak mengambil peluang untuk menjaringkan gol. Selepas rehat, kami melakukan permulaan baik dan saya fikir kami cepat mengawal permainan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perlawanan itu, Bernardo Silva dan Goncalo Guedes turut mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-16 dan ke-89.