373,039 murid mulakan sesi persekolahan di Perak hari ini

Abdul Aziz melayan pasangan kembar seiras, Mohamad Syahir Anwar Hussein dan Mohamad Syakir (kanan) merupakan murid tahun satu dalam lawatannya ke SK Jalan Pegoh, hari ini.
Abdul Aziz melayan pasangan kembar seiras, Mohamad Syahir Anwar Hussein dan Mohamad Syakir (kanan) merupakan murid tahun satu dalam lawatannya ke SK Jalan Pegoh, hari ini.
A
A
A

IPOH - Seramai 373,039 murid memulakan hari pertama sesi persekolahan 2019 di 1,102 sekolah seluruh negeri ini.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia menyaksikan semua 39,117 guru kembali melalui proses pembelajaran dan pengajaran.

---

No Image Caption

Menurutnya, daripada jumlah itu, 33,233 orang merupakan murid tahun satu di 852 sekolah rendah.

“Susulan itu, Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah bermula 4 Januari ini.

“Wang itu akan diagihkan terus kepada pihak sekolah. Sekiranya tidak mencukupi, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan sebelum 30 April ini,” katanya.

Beliau ditemui media ketika melawat sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: